Nasional

11% keluar mengundi pagi tadi di PRN Sarawak

JIKA di Kajang, Selangor sekarang ni hujan, Kuching, Sarawak juga hujan walaupun hari ini adalah hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Setakat pukul 9 pagi tadi, kira-kira dua jam lalu, sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi, 11%.

Ia membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini yang akan diuruskan oleh 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada pukul 5 petang nanti.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 perlawanan empat penjuru, 24 pertarungan lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button