BeritaPolitik

Politik negara semakin menghiburkan, dua ADUN DAP pula buat pusingan U

Dua ADUN DAP yang sebelum ini meletak jawatan daripada menganggotai Jawatankuasa DAP negeri mengumumkan kembali menyertai Jawatankuasa DAP Perak hari ini.

ADUN berkenaan iaitu ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih menyatakan perkara itu dalam kenyataan bersama kepada pihak media di sini hari ini.

Pada 11 September lalu, mereka masing-masing meletak jawatan sebagai Timbalan Bendahari DAP negeri dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hati terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bahawa kedudukan exco Paul Yong Choo Kiong yang berdepan pertuduhan rogol di mahkamah akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH).

Dua ADUN berkenaan berkata, mereka kembali menganggotai Jawatankuasa DAP Perak atas beberapa faktor.

Menurutnya, setelah berkali-kali menerima nasihat dan jemputan daripada Choo Kiong yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Perak supaya mereka kembali menyertai Jawatankuasa DAP Perak, mereka merasai keihklasan Choo Kiong dan menerima jemputan tersebut.

Kata mereka, selain itu kekalahan PH dalam PRK Tanjung Piai merupakan ‘wake up call’.

“Kami berpendapat bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuhkan kedudukan dan imej DAP Perak.

“Sebagai sebahagian daripada PH, kami percaya sekiranya kami bersatu, kami mampu memperkukuhkan kestabilan kerajaan PH Perak, di samping memberi sumbangan kepada negara, dengan dasar kerajaan yang baik serta memberi harapan dan masa hadapan yang terbaik kepada rakyat,” katanya. – Perak Gazette

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button