fbpx
Politik

Rais Yatim Ketua Bersatu Bahagian Jelebu

PENGERUSI Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim diumumkan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Jelebu bagi sesi 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri Datuk Zakaria Md Yusof berkata melalui keputusan itu, Rais mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung Ahad.

Rais mengalahkan pencabarnya, Datuk Amran Sameon, yang merupakan ahli perniagaan.

Sementara itu, Zakaria berkata keseluruhan perjalanan pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung semalam, berjalan lancar.

Bersatu Negeri Sembilan, yang mempunyai lapan bahagian iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau, akan menjalankan sesi pemilihan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti Port Dickson serta Tampin.


Di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan bermula semalam dan akan berakhir pada 29 Mac depan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Pilah. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button