Politik

PN yakin rampas Selangor – Afif

Setiausaha PN Selangor Dr Afif Bahardin menyuarakan keyakinan mereka dapat merampas negeri itu dalam PRN akan datang ekoran “sokongan yang meningkat” di kalangan pengundi.

“Secara retorik, kami sasar menang di semua (56) kerusi DUN Selangor, tapi kami sedar cabaran yang menanti.

“Kami tawarkan kepada rakyat Selangor calon yang tiada kes mahkamah, yang profesional dan berpengalaman,” katanya ketika sidang media menjelang Konvensyen PN di Shah Alam, hari ini.

Afif berkata penting untuk PN menunjukkan kepada penduduk Selangor bahawa gabungan itu mampu menubuhkan kerajaan yang stabil dan cekap.

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button