Nasional

PM jamin promosi produk usahawan desa ke pasaran antarabangsa

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempromosikan produk usahawan desa secara besar-besaran ke pasaran antarabangsa.

Namun, beliau menekankan kepentingan agar produk berkenaan mestilah berkualiti dari segi kebersihan dan pembungkusan yang menarik sebelum boleh dipasarkan ke luar negara.

Sementelahan, usahawan desa juga perlu mendapatkan pandangan dan nasihat semasa penganjuran mini karnival itu dalam usaha meningkatkan mutu pengeluaran produk sekali gus menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti.

Moga penganjuran mini karnival seperti hari ini dapat memberi ruang dan peluang untuk mengangkat martabat usahawan desa ke peringkat global, katanya merasmikan Karnival Mini Usahawan Desa.

Hari ini juga di Pulau Pinang pada program Sentuhan Kasih Desa– Sesi Bual Bicara Komuniti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Anwar gesa agar persepsi kononnya jurusan TVET lebih rendah kategorinya berbanding lulusan diploma dan universiti diubah memandangkan ia masih wujud sehinggakan pelajar menjadi tidak bersemangat ketika meneruskan pengajian dalam jurusan tersebut.

“Persepsi sebegitu perlu diperbetulkan selari dengan penekanan negara ke arah teknologi digital dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang memerlukan kepakaran daripada jurusan TVET.

“Saya percaya, usaha mempertingkatkan dan memperkasakan jurusan TVET ini penting termasuk meningkatkan gaji yang sepatutnya,” katanya.

Pastinya, perubahan dalam kementerian terlibat juga dituntut dengan menerima kenyataan yang mana cara dan kaedah lama harus diubah suai supaya latihan TVET itu dapat memenuhi keperluan industri, ujar beliau.

Sementara itu Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye, TYT Hakan Fidan di Pulau Pinang hari ini.

Turut bersama saya adalah Menteri Luar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Kadir.

“Dalam pertemuan ini kami membincangkan soal kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Kami juga dapat bertukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk melibatkan umat Islam.

“Semoga hubungan Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button