Nasional
Trending

PM bergegas ke Kuantan jumpa Agong?

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan bergegas ke Kuatan, Pahang selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Beliau dikatakan bergegas ke sana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Pertemuan dengan baginda dilaporkan untuk mendapatkan perkenan bagi pengisytiharan darurat pandemik Covid-19 yang penularannya memasuki gelombang ketiga.

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Mesyuarat Khas Kabinet dihadiri oleh ketua agensi kerajaan yang merupakan sebahagian dariapda Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mereka adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Mesyuarat tersebut selain dihadiri oleh Jemaah Menteri dan pegawai kerajaan, turut dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Dakwaan sedemikian berikutan negara dikatakan mengalami kerugian ekonomi akibat daripada penularan wabak tersebut dan kerajaan masih lagi berjuang untuk menyekat lonjakan kes harian.

Bagaimanapun, The Malay Mail yang memetik sumbernya memaklumkan tidak dijelaskan mengenai bidang kuasa darurat yang akan dilaksanakakan.

Oleh demikian terdapat beberapa perkara yang tidak jelas sama ada melibatkan penggantungan Parlimen, pilihan raya dan jawatankuasa untuk menguruskan pentadbiran negara dalam tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin dan penganalisis politik dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan perintah darurat dan penubuhan kerajaan sementara adalah perkara terbaik berikutan negara menghadapi tiga krisis serentak.

Krisis tersebut adalah penularan wabak Covid-19 dan perebutan kuasa susulan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Muhyiddin sudahpun kehilangan sokongan Ahli Parlimen.

Kedua-dua masalah tersebut memberi impak dan mencetuskan krisis ketiga iaitu ekonomi.

Malah, negara-negara di Barat dan Eropah dijangka melaksanakan perintah darurat yang akan memberi kesan kepada nilai eksport negara ini.

Rentetan itu juga, wujud persoalan pembentangan Belanjawan 2021 dalam Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 2 November ini susulan kerisauan semua pihak terhadap keyakinan untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 mendapat sokongan 113 undi.

Kali terakhir, negara diisytihar darurat adalah ketika krisis keselamatan akibat politik pada 13 Mei 1969 dan pentadbiran negara ketika itu dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran). – SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button