Nasional

Melaka turut depan suasana panik, kelam kabut

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri pada Isnin

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 2 Mei – Rakyat di negeri ini tidak terkecuali berdepan keadaan kelam kabut membuat persiapan
menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Situasi tersebut berlaku selepas pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial
Syed Ahmad kira-kira pukul 8.00 malam pada Ahad memaklumkan rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei 2022.

Kebanyakan rakyat di negeri ini menjangkakan sambutan Aidilfitri jatuh pada Selasa. Itu menyebabkan ramai
merancang untuk membeli ayam, daging, santan, kerisik, memasak ketupat dan lemang pada petang Isnin.

Begitu juga ada yang hendak membayar zakat fitrah, membeli pakaian raya dan sebagainya iaitu sehari
sebelum sambutan Aidilfitri.


Situasi itu juga didorong oleh fikiran orang ramai sejak sekian lamanya, sambutan Aidilfitri adalah
mengikut kalendar kerana jarang terjadi anak bulan kelihatan di 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh
negara.

Orang ramai kelam-kabut membeli kasut di Bazar Aidilfitri Mega Klebang.

Namun segalanya yang tidak dijangka terjadi semalam apabila Syed Danial mengumumkan rakyat Malaysia
menyambut Aidilfitri pada Isnin.

Ada yang tidak percaya, ada pula sangsi dan ada pula tidak habis fikir apabila diberitahu rakan begitu
juga dalam WhatSapp, Telegram, Tik Tok, Facebook dan media sosial.

Akhirnya mereka percaya, Aidilfitri disambut pada Isnin. Situasi itu menyebabkan suasan panik berlaku di
setiap daerah di negeri ini.

Kaunter pembayaran zakat fitrah dibuka di Bazar Aidilfitri Mega Klebang sehingga pukul 2.30 pagi.

Kesesakan jalan raya di setiap daerah berlaku melihat orang ramai keluar beramai-ramai membeli barang
keperluan.

Tinjauan Suara Merdeka sejurus pengumuman hari raya dibuat suasana panik dan kelam-kabut berlaku
di Parlimen Tangga Batu, kesesakan luar biasa berlaku di sekitar Kelebang, Sungai Udang, Cheng, Paya
Rumput, Bukit Rambai serta beberapa kawasan lain.

Orang ramai keluar beramai-ramai mencari daging, ayam, santap dan kerisik kerana ingin memasak rendang
yang cukup sinonim mesti dihidangkan pada hari raya pertama.

Pasaraya-pasaraya yang sepatutnya ditutup pada pukul 9.00 malam sebelum ini dibuka sehingga pukul 11.00
malam. Kesesakan orang ramai membeli segala keperluan untuk memasak rendang.

Ramai yang tidak memasak rendang kerana kegagalan mendapatkan kelapa parut atau santan tetapi sebaliknya
hanya memasaknya pada pagi raya.

Bagi penjual lemang di tepi jalan seluruh daerah turut panik. Masing-masing memasak lemak pada Ahad dengan
jumlah yang terhad dan hendak pukul ‘habis’ pada Isnin.

Namun sebaliknya terjadi, menyebabkan mereka memasak mana yang mampu sehingga pukul 3.00 pagi masing-
masing terpaksa menutup perniagaan.

Seorang penjual lemang hanya mahu dikenali Azahar berkata, dia tidak sangka hari raya disambut pada Isnin
dan bukannya Selasa.

(Visited 67 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button