HiburanPendidikan

Pertandingan Jejak Puisi Perlis cungkil bakat muda

AKADEMI Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis dengan kerjasama Think City Sdn Bhd telah menganjurkan Pertandingan Jejak Puisi Perlis pada 6 Mei lalu di beberapa lokasi menarik di negeri ini.

Perasmian penutupan pertandingan ini telah dilakukan oleh Timbalan SUK Perlis, Dr. Faizal Kamarudin di Kompleks Star UiTM Perlis, semalam.

Sebahagian dari peserta hadir pada majlis penutupan Pertandingan Jejak Puisi Perlis di Kompleks Star UiTM Perlis. – Gambar Ihsan UiTM Perlis

Turut hadir Timbalan Pendaftar UiTM Perlis, Mohd Khairul Ab Razak.

Pada majlis ini juga diadakan gimik pelancaran e-book “Poetic Trails of Perlis” dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Majlis juga diserikan dengan deklmasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari dan persembahan tarian Canggung oleh Kumpulan Pancaseri UiTM Perlis.

Mengikut kenyataan media, Pertandingan Jejak Puisi Perlis merupakan satu platform kepada penyair-penyair amatur dan profesional untuk menonjolkan warisan, budaya, dan alam semulajadi di Perlis dengan bakat berpuisi mereka.

Sekaligus program ini juga bertujuan untuk mempromosikan lokasi-lokasi menarik di sekitar negeri Perlis.

Rahman Shaari mendeklamasi puisi pada majlis Penutupan Pertandingan Jejak Puisi Perlis di Kompleks Star UiTM Perlis. – Gambar Ihsan UiTM Perlis

Juga diadakan pertandingan filem puisi bagi memberi pengalaman positif kepada para peserta, memperkenalkan tapak warisan budaya, dan menjana aktiviti ekonomi untuk masyarakat setempat.

Pertandingan seumpama ni memberi peluang kepada segenap golongan masyarakat untuk meraikan kepelbagaian penduduk tempatan.

Program ini telah dimulakan membawa peserta melawat tapak-tapak budaya di seluruh negeri Perlis.

Para peserta telah dibahagikan kepada tiga laluan jejak yang berbeza.

Sepanjang lawatan selama satu hari ini, mereka telah dibawa ke lokasi-lokasi menarik antaranya Muzium Kota Kayang, Kampung Warna-Warni Kuala Perlis, Wang Kelian, Taman Herba, dan Timah Tasoh.

Sebanyak 62 puisi telah dipertandingkan dan proses penjurian telah melibatkan seramai 21 orang juri yang diketuai Rahman Shaari. – SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button