fbpx
Nasional

Perlis tubuh pusat agihan dan sukarelawan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bekerjasama dengan Persatuan Komuniti Kebajikan Sukarelawan Negeri Perlis (PVAC) bagi menubuhkan Pusat Agihan dan Aktiviti Sukarelawan di Kangar.

Perkenan Raja Muda Perlis

Pusat berkenaan adalah antara inisiatif terbaharu MAIPs yang diperkenankan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs bagi menangani isu penularan wabak pandemik maut COVID-19 dan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2).

PVAC yang bernaung di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis merupakan NGO yang sentiasa bekerjasama dengan JKM dalam melaksanakan aktiviti kebajikan seperti agihan makanan asas, misi bantuan bencana selain merupakan rakan strategik MAIPs dalam penyaluran maklumat dan bantuan kepada anggota masyarakat.

Bantuan kepada masyarakat


PVAC kini beroperasi di premis milik MAIPs yang terletak di Kg. Repoh, Kangar akan melestarikan pengagihan bantuan makanan asas di Perlis walaupun setelah berakhirnya krisis penularan wabak COVID-19 kelak yang mana ia akan berperanan menjadi pusat sehenti bagi sukarelawan kebajikan Negeri Perlis di bawah naungan MAIPs dan JKM selepas ini.

Masyarakat yang memerlukan bantuan boleh hadir atau menyalurkan maklumat melalui sukarelawan PVAC di seluruh Perlis.

Inisiatif MAIPs

Selain menerima peruntukan Kerajaan Negeri Perlis melalui JKM bagi Program Agihan Makanan Asas (PAMA) serta sumbangan MAIPs untuk agihan asnaf, PVAC turut mengalu-alukan sumbangan daripada para penyumbang ke arah menjayakan aktiviti kebajikan oleh para sukarelawan.

Masyarakat prihatin yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis 09010010083384 (BIMB) atau melayari laman sosial facebook https://m.facebook.com/PVACjkmperlis/.

 

Dalam pada itu, pihak MAIPs diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Mohd Nazim Mohd Noor turut mengadakan lawatan dan tinjauan mangsa ribut yang berlaku petang semalam di Kg Changkat Jawi Kurung Anai.

Walaupun berhadapan penularan COVID-19, MAIPs tetap komited memberikan perhatian kepada isu-isu dan keperluan utama lain agar dapat meneruskan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar. – SM

BACA JUGA:

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button