BeritaNasional

Video abang polis tolak kereta dalam hujan dapat pujian netizen

SUARA MERDEKA: Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.

Perkongsian video di Instagram Daniel Zamri itu memaparkan dua anggota polis berada di persimpangan lampu isyarat membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak ketika mahu meneruskan perjalanan.

Anggota berkenaan menolak kereta itu sehingga ke tepi jalan dalam keadaan hujan lebat demi menggelakkan berlaku kesesakan trafik di kawasan terbabit.

Daniel turut memuji tindakan anggota polis itu kerana menjalankan tanggungjawab meskipun dalam apa jua situasi.

“Ingat aku je yang mandi hujan hari ini sebab hantar stok @ainadtaste di agen sekitar Nilai tadi.

“Rupanya ada lagi yang mulia dalam menjalankan tanggungjawab dalam bekerja. Dalam pemerhatian aku tadi, pemilik kereta ‘breakdown’ tu orang Cina. Siap berpayung lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Daniel juga berhasrat untuk belanja anggota polis kek yang diusahakan isterinya sekiranya video yang dimuat naik itu tular di laman sosial.

“Semoga abang polis dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Amin. Kalau ada rezeki video ni viral, aku teringin nak jumpa abam polis ni sebab nak belanja kek dari @ainadtaste, lokasi kejadian sekitar Nilai – KLIA,” tulisnya.

Sedikit maklumat tentang penubuhan polis iaitu pada 25 Mac 1807 – Pada tahun 1807, pasukan polis yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pasukan ini adalah asas kepada penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia yang ada pada hari ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama dilantik adalah Mr. James Carnegy. Pasukan ini dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain.

Menurut Arkib Negara, Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada 1827. Kedua-dua pasukan ini kemudiannya bergabung menjadi Pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Pada 2 Jun 1896, Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan dan Kapten H.C Syers dilantik sebagai Ketua Pasukan. Ketika ini satu pentadbiran pusat telah diwujudkan. Manakala penubuhan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mula ditubuhkan di negeri Johor pada 1882, Kedah dan Kelantan 1909 dan Terengganu 1914. Pasukan Polis Sarawak pada 1862 manakala Sabah pada 1882.

Seterusnya pada 1948 seluruh pasukan polis Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengorbanan dan komitmen yang ditunjukkan pasukan polis amat berharga terutama ketika negara masih baru merdeka dan seterusnya mengekalkan kemakmuran dan keamanan tanah air tercinta hingga hari ini.

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button