Politik

Perang Ungkit Kisah Buruk Semakin Rancak, Namun Suara Pemimpin Baharu Tiada Kedengaran!

Datuk Seri Najib Razak kata begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata begini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata begito, Syed Saddiq Syed Rahman kata begete.

Semua pakat keluarkan kenyataan berbaur ungkit kisah buruk yang mungkin betul, mungkin tidak, mungkin disabitkan kesalahan dan mungkin fitnah semata-mata.

Sampaikan rakyat terutamanya bangsa Johor jadi pening, PRN sudah semakin hampir tetapi rentak politik Tanah Melayu jauh lebih kuno dan jumud tak mahu berubah.

Sampaikan anak-anak muda sanggup kata, kalau undi dan mereka menang sekali pun, bukannya kita dapat elaun yang serupa, gaji tetap rendah, Melayu moden kekal miskin.

Lainlah kalau undi mana-mana parti politik ini, penstrukturan kaum dapat dibuat, letakkan semula Melayu di bandar, India di kawasan sawah dan perikanan manakala Cina di kawasan ladang-ladang kelapa sawit.

Mungkin Tanah Melayu dapat membina semula keseimbangan perangai lahanat British yang memberi 1 juta keluarga Cina tanah-tanah komersil dan kawasan bandar suatu ketika dahulu.

Sehinggakan mereka nak buat cagaran tanah kepada OCBC, sangat mudah tetapi kalau orang Melayu meskipun ada tanah sawah berpuluh ribu ekar, belum tentu OCBC nak terima dan bagi wang pinjaman untuk orang Melayu berbuat apa-apa.

Tak pasal-pasal Malay National Bank cuba dibuka namun Maarof Zakaria dibunuh dan digantung mayatnya dalam hutan kerana mewujudkan persaingan dari segi ekonomi.

Hal-hal begini yang sepatutnya pemimpin mana-mana parti timbal balik namun percayalah.. TIDAK AKAN ADA PEMIMPIN MELAYU MODEN besar jiwanya akan kecintaan memartabatkan Melayu sebagai tuan rumah.

Semua pakat jaga sensitiviti adik-beradik lain yang disayangi namun tuan rumah tergadai maruah, terrogol emosi, terlacur kedaulatan bangsa dan negara.

Malas nak cakap soal rasuah.. mana-mana ada hatta dalam kalangan masyarakat setempat. Cuma nampak tak nampak atau viral tak viral sahaja namun untuk perjuangan semua parti menjelang PRN Johor, ia tetap untuk mereka, bukan untuk rakyat.

Maka rakyat Johor pilihlah.. buat solat istikharah, pohon pentunjuk Allah SWT, pemimpin atau parti mana yang boleh guna pakai, atau semua masih berlumba-lumba nak jadi sampah?

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button