Politik
Trending

Tarik balik sokongan: Cara UMNO dilayan jadi alasan

CARA UMNO dilayan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipersoal walaupun parti itu menyokong Presidennya menjadi Perdana Menteri.

Alasan yang timbul adalah berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor sebagai bakal Ketua Menteri.

Justeru, hal demikian menjadi pertikaian pemimpin dan akar umbi UMNO apabila pemilihan itu dibuat tanpa perbincangan terlebih dahulu.

Oleh demikian, apabila muncul pengumuman dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, UMNO dilihat cuba bermain tarik tali semula.

UMNO dilihat menunjukkan taringnya kepada Bersatu atau Perikatan Nasional (PN) terhadap kedudukan Muhyiddin.

Hal demikian apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pendirian terhadap Ahli Parlimen partinya untuk bebas menyokong sesiapa.

“Zahid betul kerana ramai dalam UMNO tidak senang dengan Muhyiddin dan Bersatu mengenai cara UMNO dilayan.

“Mereka senang-senang saja mengumumkan Hajiji calon tanpa berunding dengan kami.

“Mereka kata kami tak relevan, kami tak dominan. Okay, kita lihat apakah itu berlaku dalam pilihan raya?

“Jika menarik balik sokongan saya terhadap Muhyiddin bermakna pilihan raya akan diadakan, maka saya akan melakukannya.”

Demikian kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed  Nazri Abdul Aziz seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today, hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, beliau bersedia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan selepas Anwar sebelum ini mengumumkan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Hal demikian turut dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Zahid yang menyatakan tiada halangan untuk Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Anwar.

“Saya menyokong pendirian Zahid untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar.

“Kerajaan hari ini adalah kerajaan MP (Ahli Parlimen),” jelasnya. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button