pilihanPolitik

Sidang DUN Melaka bentang RUU Antilompat Parti hujung bulan ini

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hujung bulan ini akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Menurutnya, pembentangan RUU tersebut adalah selari dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

“Melaka akan mengambil langkah yang sama untuk membentangkan RUU Antilompat Parti pada Sidang DUN akhir bulan ini,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan No Right Turn di persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat, Lebuh SPA di sini hari ini.

Peruntukan Seksyen 6 Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) memberikan ruang kepada Kerajaan Negeri atau DUN untuk melaksanakan peruntukan larangan wakil rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan Negeri, tertakluk persetujuan Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Setakat ini, hanya Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak sudah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing, berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN.

Sementara itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, BN Melaka akan membantu Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

Menurutnya, BN Melaka dijangka membantu kempen calon-calon BN dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di Rembau, Tampin, Gemenceh, Linggi dan Port Dickson. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button