Ekonomi

Pelanggan TM meningkat ketika penularan Covid-19

PELANGGAN Unifi Telekom Malaysia Berhad (TM) meningkat pada suku kedua 2020 ketika negara menghadapai pandemik Koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia disokong oleh faktor rakyat Malaysia yang mula bekerja dari rumah berikutan pelaksanaan PKP.

TM dalam rekodnya menyatakan jumlah pelanggan berkembang empat peratus kepada 1.55 juta.

Situasi positif itu menyebabkan jumlah pelanggan jalur lebar TM itu meningkat kepada 2.23 juta orang.

TM juga dilaporkan optimis untuk menjadi peneraju dengan pertumbuhan jalur lebar tetap pada 53 peratus bagi isi rumah.

“Semasa suku tersebut, kami mencatatkan kemajuan yang baik berbanding keutamaan strategik kami.

“Ia disumbang oleh program penambahbaikan prestasi yang membawa kepada peningkatan kos, meskipun cabaran hasil di bahagian runcit.

“Rangkaian TM kekal stabil semasa PKP dalam mengendalikan peningkatan 39 peratus daripada keseluruhan trafik berikutan pengoptimuman rangkaian yang berterusan.”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mokhtar dalam sidang akhbar semalam seperti dipetik laporan Bernama.

Tambah beliau, kini TM kembali beroperasi sepenuhnya termasuk aktiviti jualan bagi menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti.

Malah katanya lagi, TM kekal berupaya bagi menerajui Revolusi Perindustrian (IR4.0) dalam memastikan penggunaan digital yang lebih tinggi di Malaysia.

Justeru, syarikat tersebut akan mengekalkan momentuk komersialnya yang disokong oleh fokus pengurusan kesinambungan perniagaan yang proaktif.

Ia juga diselaras dengan baik bagi memenuhi keperluan pelanggan dan operasi syarikat.

“Bagaimanapun, kami ada juga berdepan dengan kelewatan dalam perkhidmatan kami kepada pelanggan.

“Kerana kami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Bagi mengurangkan impak pandemik COVID-19 ke atas perniagaan kami, kami akan terus giat menilai pelbagai cara bagi memenuhi sasaran prestasi.

“Di samping mengoptimumkan kos dan perbelanjaan modal dalam semua operasi.

“Kami telah mula mengekang penurunan dan kami yakin inisiatif pengoptimuman kos akan terus membuahkan hasil yang membawa kepada margin positif bagi kumpulan,” ujarnya. – SM

 

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button