Uncategorized

Pelakon video raya ajak berjudi kini dalam lokap Dang Wangi

Kesemua pelakon dalam iklan raya yang mengajak berjudi online bagi menambahan pendapatan untuk pulang ke kampung kini berada dalam lokap di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dangi Wangi.

Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Menurut beliau, kesemua pelakon dalam video itu telah ditahan di sekitar ibu negara semalam.

Kesemua mereka yang terlibat dalam lakonan itu akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka.

“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.

“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online)

“Esok kita akan reman mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955.

Video yang tular itu mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini kerana menghina agama Islam yang melarang umatnya untuk berjudi.

Pelakon iklan terbabit termasuk dua wanita dilihat memakai pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berbaju Melayu bagi lelaki menyanyikan lagu bertemakan hari raya sambil mempromosi laman web perjudian.

Berlatarbelakangkan kampung Melayu, lirik lagu iklan syarikat judi itu antara lain berbunyi,”Tapi mengapa kau muram sahaja, duduk termenung seorang diri, nak balik kampung duit tak ada, tapi ada cara untuk mencari, ******* ada, apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya. ***** banyaklah uang boleh dimenangi, mari ke ******* menang banyak pasti happy.”

Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia memburu penerbit dan pelakon video tersebut.-SM

(Visited 624 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button