Politik

Pekerja pulang lewat: Najib saran empat cadangan

RINTIHAN orang ramai yang meminta operasi kedai makan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam masih belum didengari.

Malah, harapan mereka untuk mendengar perkara itu diumumkan dalam perutusan bantuan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam juga tiada perubahan dibuat.

Hal tersebut merisaukan pekerja yang pulang bekerja lewat malam atau diluar waktu pejabat menyukarkan mereka sukar membeli makanan.

Prosedur operasi standard (SOP) gerai makanan dan restoran yang dibenarkan dibuka sehingga pukul 8 malam ternyata menyukarkan mereka.

Ditambah pula dengan perkhidmatan e-hailing makanan juga menghadkan waktu pesanan lebih awal menyebabkan mereka akhirnya pulang ke rumah dalam keadaan kelaparan.

Justeru, kerajaan diminta pertimbangkan cadangan untuk membenarkan pekerja sedemikian membeli makanan sebaik sahaja pulang bekerja.

“Buat MCO (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) yang seketat-ketatnya seperti MCO pertama bulan Mac lepas dan terus memberi kelonggaran bagi take-away di kedai makan dan khidmat penghantaran makanan sehingga 8 malam.

“Masa PKP pertama tahun lalu, masalah tak sempat membeli makanan tidak pernah timbul.

“Ini ialah pilihan terbaik sebab keberkesanan untuk menurunkan penularan Covid-19 (Koronavirus) adalah paling tinggi agar kita tak lanjut PKP berulang kali dan sistem penyampaian kesihatan yang sudah kritikal boleh dipulihkan dalam masa yang paling singkat.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau mencadangkan demikian meminta kerajaan melaksanakan PKP dengan menghentikan sementara operasi ekonomi yang bukan keperluan asas seperti kali pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Selain itu, beliau juga mencadangkan menghadkan tempoh masa bekerja lebih awal, iaitu tidak membenarkan sektor ekonomi bukan asas untuk beroperasi sehingga lewat malam.

“Pendekkan masa bekerja dibenarkan masa PKP bagi semua sektor selain sektor makanan ke 6.30 petang supaya pekerja masih ada masa satu setengah jam (termasuk masa menghadapi roadblock) untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah.

“Cadangan ketiga, lanjutkan masa yang dibenarkan bagi sektor makanan dan food delivery ke 9.30 malam,” sarannya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sama, beliau turut menyindir kerajaan jika enggan membenarkan rakyat membeli makanan apabila pulang daripada tempat kerja dengan menyarankan cadangan keempat.

“Tak buat apa-apa. Telan sahaja apabila orang ramai tag kamu dengan hashtag #SiBodohKauDengarSini,” selorohnya.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk UMNO dan Ahli Parlimen Muar, Lembah Pantai dan Petaling Jaya menggesa kerajaan meminta kerajaan melanjutkan operasi premis makanan.

Lanjutan itu digesa kerana orang ramai terutama yang pulang bekerja di luar waktu pejabat sukar untuk mendapatkan makanan.

Bagaimanapun, Suara Merdeka melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan hal berkenaan sudahpun dimaklumkan kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dikatakan memberi jaminan isu itu dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button