Nasional

Covid-19: ADUN Taman Medan positif selepas dos vaksin lengkap

BENARLAH pengambilan suntikan vaksin virus pandemik Koronavirus (Covid-19) tidak menjamin diri terhindar daripada jangkitan wabak berkenaan.

Hal tersebut dinyatakan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus yang dikesan positif selepas menerima dos yang lengkap daripada jenis Pfizer.

Perkara itu diketahui selepas Syamsul menjalani ujian saringan Covid-19 ketika sedamg bercuti Aidilfitri baru-baru ini menngalami gejala jangkitan pandemik.

“Semasa Raya, saya demam, batuk, dan selsema. Hari ini saya rasa lebih baik berbanding Raya.

“Isteri saya, ibu mentua, dan dua anak saya juga positif. Kami tinggal di rumah yang sama. Tolong doakan kami sembuh,” demikian ringkas Syamsul seperti dilaporkan di sebuah portal hari ini.

Bagaimanapun, beliau berasa keliru apabila disahkan menghidapi Covid-19 selepas kerana sudahpun mengambil dos lengkap jangkitan pandemik.

Justeru beliau mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid-19 yang diambilnya namun, tidak mampu menahan diri daripada terkena jangkitan.

“Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, mengapa saya masih dijangkiti Covid-19 setelah vaksinasi?” soalnya.

Syamsul sebelum itu memaklumkan menerima dos pertama daripada syarikat Pfizer-BioNTech pada 10 Mac lalu dan dos kedua pada 31 Mac. – SM

(Visited 892 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button