JenayahNasional

Padah anjur majis tunang, lelaki ditahan polis

MAJLIS atau acara sosial masih belum dibenarkan, namun arahan itu tidak diendah menyebabkan seorang lelaki ditahan kerana menganjurkan majlis pertunangan di rumahnya.

Sebelum ditahan polis, lelaki berkenaan dilaporkan menerima kehadiran tetamu lebih daripada 20 orang di Kampung Baru Selamat di Labuan semalam.

Ketika majlis itu berlangsung, Labuan masih lagi diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun wilayah itu cuma mencatatkan kes baharu kurang daripada 10 pada hari sama.

Namun, penganjuran majlis itu dihidu Polis Labuan selepas video berdurasi 14 saat yang memaparkan kehadiran ramai tetamu dalam satu rumah itu tular dalam media sosial.

“Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKPB.”


Demikian ringkas kenyataan Ketua Polis Labuan, Ahmad Jawila, seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu, lelaki berkenaan disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKBB iaitu kesalahan di bawah Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tambah Ahmad, lelaki itu boleH dipenjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button