Berita

Bangkai biawak sudah kembung disangka buaya

PENDUDUK di Perumahan Taman Impiana, Kampung Sungai Bangat, Labuan gempar apabila melihat kehadiran seekor buaya di sungai berhampiran kediaman mereka hari ini.

Pada jam 0827 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan telah menerima satu (1) Kes Buaya daripada Pusat Kawalan 999.

Menurut sumber aduan yang diterima, Buaya tersebut berada di anak sungai yang tidak jauh daripada rumah pengadu. Seterusnya, Anggota bertugas segera menyediakan peralatan khas menangkap buaya dan bergerak ke lokasi pengadu.

Setibanya di lokasi (Perumahan taman impiana, Kg Sg Bangat), anggota bertugas berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan lokasi buaya, lalu segera melakukan pemantauan dan merancang kerja-kerja menangkap buaya.


Kes telahpun diselesaikan , yang disangka buaya oleh pengadu adalah merupakan bangkai biawak yang telah mati dan kembung oleh air sungai setelah dikenalpasti oleh anggota APM Labuan.

Nota: Maklumat dari group Info Bencana MERS999

(Visited 80 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button