Nasional

Pandu mabuk, empat ditahan

Sebanyak empat lelaki berusia lingkungan 36 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Operasi dijalankan bermula pukul 11 malam semalam hingga 3 pagi tadi dan bertujuan untuk mengesan mereka yang memandu atau menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebanyak 212 orang pengguna jalan raya dan 170 buah kenderaan telah diperisa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak empat lelaki telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada yang telah ditetapkan.

BACA> Premis “degil” beroperasi langkaui tengah malam

“Pada masa yang sama, kita juga mengeluarkan sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambahnya, hasil tinjauan semalam juga mendapati masih ada pengguna jalanraya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. -SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button