Ekonomi

Lanjut moratorium: Kerajaan sedang berbincang dengan bank

KERAJAAN sedang berbindang dengan bank mengenai pelanjutan moratorium berikutan banyak permintaan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata terpulang kepada pihak bank untuk membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan atau tidak.

Tengku Zafrul menegaskan hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan.

“Bagi pandangan peribadi saya, kita perlu menolong orang yang perlu ditolong, sewaktu kita melaksanakan moratorium enam bulan ini, kita menolong semua orang sama ada yang mempunyai gaji atau mampu untuk membayar, tetap dapat nikmati manfaat ini secara automatik.

“Jadi saya fikir menuju ke depan, langkah terbaik ialah untuk memberi tumpuan kepada golongan sasar yang mana lebih memerlukan.

“Tetapi kita tidak boleh memaksa bank untuk melakukannya dan kami akan terus mengadakan libat urus dengan mereka mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Prasarana Malaysia Bhd hari ini.

Pelaksanaan moratorium bagi semua pembayaran semula pinjaman oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020.

Sejumlah RM43.7 bilion telah dimanfaatkan oleh penerima moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan setakat 19 Jun lalu dengan sebanyak RM15.3 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan.-SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button