Nasionalpilihan

Pandora Papers: SPRM minta Anwar Ibrahim beri kerjasama

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kerjasama berhubung pendedahan Pandora Papers yang dibangkitkan sebelum ini.

SPRM dalam kenyataannya berkata, Anwar membangkitkan perkara itu di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Kita juga akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers.

“Sehubungan itu, kita meminta Anwar untuk memberi kerjasama jika beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” katanya.

Sebelum ini, pendedahan Pandora Papers berkenaan individu yang mempunyai akaun luar pesisir turut menyebut beberama nama antaranya bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Pandora Papers yang membabitkan individu di negara ini. -SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button