NasionalRencah Hidup

Pak Aq telah pergi menemui Penciptanya

WARGA emas Ishak Darus  atau lebih mesra dipanggil Pak Aq yang dibantu oleh pendakwah bebas Ebit Liew sehingga menimbulkan kontroversi di Kedah telah meninggal dunia awal pagi ini.

Pemergian Pak Aq dikongsi oleh Ebit melalui Facebooknya sebentar tadi.

“Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.

“Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik.

“Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan,” kata 

“Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini.

“Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq,”kata Ebit.

BACA Ahli keluarga daif dibantu Ebit Lew kembali semula ke rumah lama?

BACA Hadiah terakhir Ebit Lew buat keluarga Pak Aq

BACA Ebit Lew dipanggil Bukit Aman, henti beri bantuan secara langsung

Ebit membantu Allahyarham Pak Ak dan keluarganya yang tinggal di Alor Setar, Kedah apabila beliau mendapati keluarga berkenaan hidup dalam keadaan daif.

Rumah yang didiami Pak Ak bersama isteri yang tidak bekerja, tiga orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan yang masing-masing berumur 33 tahun sehingga 17 tahun tidak sempurna dan penuh dengan sampah sarap.

Ebit membantu keluarga berkenaan yang menghadapi kesukaran hidup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada penghujung April lalu.

Bagaimanapun bantuan Ebit yang menolong mencarikan rumah sewa baru dan membayarkan sewa serta membelikan keperluan seperti mesin basuh, peti ais dan barangan lain mengundang kontroversi.

Beliau turut dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman bagi memberi penjelasan berkaitan kes tersebut yang di media sosial.

Insiden tersebut menyebabkan Ebit mengambil keputusan untuk memberhentikan bantuan terus kepada golongan memerlukan ketika PKP. -SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button