Nasional

Kanak-kanak 5 tahun maut, pengasuh dan anak-anak ditahan

SEORANG kanak-kanak berusia 5 tahun maut di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima makumat berkaitan kes kejadian kira-kira pukul 2.45 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, kita mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di atas katil serta lengkap berpakaian.

“Hasil pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, menurut Eng Lai, pihaknya telah menahan tiga suspek yang merupakan pengasuh dan anak-anaknya yang berusia lingkungan 22 hingga 61 tahun.


Jelasnya, kesemua suspek dipercayai terlibat dengan kes tersebut dan ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes kini dikalsifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. -SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button