fbpx
Nasional

Ops! Dengar ada kapal tengah karam malam ni – Najib Razak

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 malam ini amat menakjubkan apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, “Dengar ada kapal tengah karam mala mini? Kat mana.”

Lawak sinis yang rasanya tidak kelakar bagi pihak Warisan Plus yang setakat ini ‘sangkut’ dengan perolehan kerusi sebanyak 20 berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperoleh 36 kerusi.

Hantaran status Najib di Facebook akaun miliknya mendapat 16,000 tanda suka (like) dengan 2,000 hantaran komen serta 770 perkongsian.

Apakah parti-parti komponen Warisan Plus ‘menangis’ di bucu katil malam ini kerana pada awalnya, mereka menjangkakan akan menang malam ini.

Kemenangan GRS yang sebenarnya adalah ‘under dog’ kerana khabar-khabar angina mengatakan, Warisan akan membentuk kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.


Namun telahan itu ternyata tidak menjadi kenyataan sebaliknya karam di tengah laut.

Manakala parti-parti setahun jagung yang tumbuh secara tiba-tiba pula, meletakkan 73 orang calon untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana, itu merupakan satu langkah yang tidak masuk akal.

Natijahnya, calon-calon yang berkenaan hilang wang deposit masing-masing dan itu sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada Presiden parti berkenaan.

Lainlah berdiri sebagai calon Bebas pada PRN Sabah ke-16 ini yang mana, calon-calon Bebas ini tampil dengan misi peribadi masing-masing.

Syabas kepada rakyat Sabah yang keluar mengundi pada hari ini. Ubah, ubah balik! – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button