NasionalUncategorized

Lelaki Bangladesh ditahan terlibat kes pecah kedai serbaneka, restoran

SEORANG lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki terlibat dalan kes pecah sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 5 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilm berkata, suspek yang berusia 27 tahun ditahan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek telah menemukan beberapa peralatan yang digunakan unut pecah rumah di dalam begnya.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes pecah kedai di kawasan sekitar Sri Petaling,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara barangan curi yang ditemukan di rumah suspek. -Gambar ihsan IPD Brickfields

Menurut Zairulnizam, pemeriksaan di tempat tinggal suspek juga menemukan pelbagai barangan keperluan asas seperti minuman tin pelbagai jenama, bahan penjagaan diri dan produk masakan.

Ujarnya, kesemua barang yang dirampas daripada suspek ialah barang yang hilang dari kejadian pecah kedai serbaneka dan dua restoran di Sri Petaling, baru-baru ini.

“Suspek berusia 27 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri itu ditahan di bawah Akta Imigresen selama 14 hari bermula semalam,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button