Sukan

Paralimpik: Nur Azlia tamatkan saingan di tangga sembilan

JAGUH berbasikan paralimpik negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais menamatkan cabaran di final berbasikal trek ujian masa 1000 meter (m) B wanita di tangga kesembilan daripada 10 peserta, sebentar tadi.

Pelumba negara itu bersama jurumudi, Nurul Suhada Zainal mencatat masa 1 minit 15.005 saat (s) di Velodrom Izu, Tokyo.

Pingat emas dimenangi pelumba Belanda, Larissa Klaassen yang melakukan catatan 1:05.291s yang turut memecahkan rekod Sukan Paralimpik acara berkenaan.

Pelumba Britain, Aileen McGlynn Obe meraih perak dengan catatan 1:06.743s manakala Griet Hoet (Belgium) melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 1:07.943s.

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button