Rencah Hidup

Penang mula bersoladiriti bersama Palestin

SELEPAS beberapa negeri menunjukkan sokongan rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan serangan bom daripada tentera penjajah Israel, Pulau Pinang turut mengikuti langkah sama.

Malam tadi bangunan tertinggi di Pulau Pinang KOMTAR yang juga menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan DAP dihiasi dengan lampu limpah warna bendera Palestin.

Tindakan tersebut dipuji oleh warga Pulau Pinang yang sebelum ini berharap Kerajaan Negeri itu mengikuti langkah beberapa negeri yang menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin dengan menghiasi strurktur ikonik dengan cahawa lampu warna bendera Palestin.

Hasrat tersebut disuarakan oleh page Penang Press pada 17 Mei yang mahu bangunan KOMTAR turut dihiasi cahaya warna bendera Palestin selepas beberapa negeri menghiaskan struktur ikonik di negeri masing-masing melakukannya.


“Harap Komtar juga turut serta bersama-sama. Ramai warga Penang yang PM admin agar KOMTAR juga dapat berlampu warna seperti ini pada malam hari,” katanya.

“DAP. Baru nak tanya bila Penang nak buat. Bila teringat yang kerajaan depa tu DAP terus diamkan diri. Apapun we wait and see,” kata IIyaadieya Namaku dalam ruang komen.

“Komtar DAP punya la. Mana depa berani tukau warna. Ha ha berdera roket warna merah ada la,” kata Mustapa Bentong.

“Pulau pinang nak buat macam ni,memang lambat lagi la,” komen Faiz Abdul Kasim.

Bagaimanapun ramai yang memuji selepas bangunan tersebut dilimpahi dengan cahaya warna bendera Palestin.

“Terbaik. Good job Penang. Good job Chow Kon Yeow,” kata Aliff Arkef.

“Nasib baik dah buat, kalau tak aku tak akan lupa sampai mati. Tapi hari ini warga Pulau Pinang dah tunjuk kehebatan depa, terbaik min dan terima kasih semua penduduk Pulau Pinang,” kata La Den.

“Macam tu lah. Ni tak. Nak kena katok baru nak buat,” komen Mawar Pizzo.

Sebelum ini beberapa negeri termasuk Kedah, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menghiaskan struktur ikonik dengan cahaya lampu berwarna bendera Palestin sejak beberapa hari lalu.-SM

 

(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button