Belang Bertempat

Nak raya, PKP 3.0 SOP mengelirukan: Rakyat sedang marah PN, PPBM

ADA maknakah dengan kata-kata ini, “Rakyat sedang marah dengan Kerajaan PN dan PPBM. Mereka suka mengata UMNO itu dan ini tetapi mereka yang lebih teruk bila diberi kuasa.”

Ayat di atas mengundang kelucuan di ketiak kerana keadaan negara dan hidup rakyat hari ini bulan di atas bola Kristal Menteri-Menteri dan politikus yang menikus apabila kantung mereka tidak terjejas teruk berbanding rakyat secara keseluruhan.

Sudah menjadi semakin sukar untuk mencari pemimpin yang berjuang bukan kerana wang ringgit mahupun kroni.

Contoh depan mata yang jadi Ahli Parlimen disenaraikan daripada bapa, mak, anak, kalau boleh menantu, cucu dan ini bukan berlaku zaman Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.


Susah-susah hidup zaman pemerintahan BN, lagi susah hidup zaman PN. Bukan sebab Covid-19 yang melanda tetapi menteri-menteri sedia ada yang seronok jadi wakil rakyat, jadi Ahli Parlimen, berfikiran macam budak tadika.

Serumpun atau serumput antara parti  Pejuang dan Bersatu (PPBM), nampaklah yang RM (duit), kuasa, kronisme duduk atas landasan penubuhan parti.

Kata orang, tak payah nak torak sebab memang nampak pun. Ni, PKP satu negara bermula hari ini sehingga 7 Jun, apa cerita dengan SOP yang kelakar gila babsss….

“Tak boleh ziarah rumah ke rumah (masa Hari Raya Aidilfitri nanti). Tak boleh kunjung mengunjung…”

Sekejap, skrip atau katabual yang tepat, “AKTIVITI ZIARAH RAYA HANYA UNTUK SEISI KELUARGA DALAM RUMAH YANG SAMA SAHAJA.” – Siapa boleh brain statement ini?

Jadi, kita yang duduk dalam satu rumah, kita sahaja jadi tetamu, kita juga jadi tuan rumah. Nak pergi rumah jiran tak boleh. Jadi, kita bentang tikar mengkuang pagi raya nanti, buka pintu pagar seluas-luasnya, pakai baju raya, letak biskut raya ke juadah raya ke..makan atas tikar.

Jiran pun buat yang sama..sambil borak tapi tak berkunjung ke rumah kerana takut nanti polis datang periksa, berapa banyak kereta parking depan rumah, berapa banyak kasut atau selipar depan pintu rumah.

Langgar SOP, bayar denda. Itu pun kalau bukan kluster kayangan atau menteri atau selebriti popular yang boleh aje OPS… LANGGAR SOP ya.

Polisi SOP PKP kali ini, kerajaan PN bercelaru. Tidak jelas dan itu semua sudah menjadi punca kemarahan rakyat yang semakin memuncak. Kita hari ini ditadbir oleh kerajaan cap ayam? Itu lontaran kata-kata netizen dan benarkah kerajaan cap ayam yang memerintah Malaysia hari ini? Kalau sardine dalam tin cap ayam, sedap gak masak untuk berbuka puasa nanti. Maklumlah, sudah sampai di penghujung Ramadan.

Menyekat dan melarang ziarah raya atas alasan Covid-19 terpaksa diterima dan akur oleh kita semua. Sedih tetapi tidak marah kerana apa yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Berfikiran positif, berlapang dada tetapi apakah kerajaan PN boleh meneka, apakah nasib yang akan berlaku dalam satu keluarga?

Tak faham? Keliru dengan persoalan di atas mcm SOP PKP yang TAK JELAS LAGI MENGELIRUKAN?

Macam ni, contoh satu keluarga. Hari ini, raya tahun ni dia tak boleh ziarah atau pergi ke rumah mak bapa atau adik beradik. Tahun depan, panjang umur, boleh pergi jumpa masa Raya nanti. Betul? Ya. Tapi kalau ada dalam keluarga itu dijemput Allah secara tiba-tiba, tak sempat raya tahun depan, melopong aje dan menangis sedih. Kerajaan PN boleh bagi jaminan yang mak bapa yang dah uzur, adik beradik yang dah lebih umur, dapat bertemu semula di hari baik, bulan baik seperti 1 Syawal?

Netizen sudah memomok-momokkan sambutan ulang tahun hari bodoh Malaysia baru-baru ini. Usikan nakal di Facebook memang bersepah. Jadi, siapa yang jadi menteri dalam pemerintahan kerajaan PN, tak payahlah nak jiwa koyak rabak atau hati tisu dengan usikan ini.

Disebabkan pengumuman saat akhir, hari ini, kata raikan hari bodoh kerajaan Malaysia, tulis netizen di Facebook. Kasar bahasanya tetapi itu hakikatnya. Cuma sampai bilakah rakyat harus tunggu untuk diperintah oleh sebuah kerajaan yang cerdik?

Itulah sebabnya, jadi pembangkang amat mudah. Semua benda boleh dibangkang termasuk bangkang dari longkang.

Sekarang, jadi pemerintah, jadi menteri, otak budak tabika, polisi entah apa-apa, ekonomi teruk, rakyat tak ada pendapatan yang kukuh. Yang ada duit, menteri-menteri.

Jika ada Menteri UMNO yang masih ingin mempertahankan PN, mereka akan terkena juga getahnya nanti.

Dasar-dasar Kerajaan PN ini telah gagal. Bukan seorang dua yang cakap macam tu, tetapi ramai termasuklah mereka yang memerhati pergolakan politik dalam negara hari ini.

Diulang sejuta kali, semakin hari semakin teruk. Ekonomi merudum, wabak Covid-19 semakin tidak terkawal dan rasuah politik berleluasa.

Sebab itulah ada yang menyatakan, BUKAN MENGHASUT, perlu turunkan kerajaan ini supaya kita segera boleh tukar dasar sebelum keadaan menjadi semakin parah dan terlambat. – SM

(Visited 917 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button