Nasional

Najib, SRC: Nooryana yakin keputusan semalam bukan penghujung

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai bukan penghujung kepada perjuangan beliau.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu dan keluarganya dilaporkan akan terus berjuang di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Kami tak akan mengalah.

“Ini bukan penghujungnya. Kami kecewa tetapi tidak akan mengalah.”

Demikian kata anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa dalam Instagram Stories seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

BACA > Aidiladha: LPT sesak susulan warga kota balik kampung — Suara Merdeka

Nooryana dilaporkan kecewa dengan keputusan Hakim, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada bapanya.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan.

Kesemua pertuduhan tersebut membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM4 bilion daripada SRC International Sdn. Bhd..

Najib kemudian didenda 10 dan 12 tahun penjara bagi setiap pertuduhan tersebut. Bagaimanapun hakim mengarahkan hukuman tersebut dijalankan serentak.

Sementara itu, menurut Nooryana Najwa lagi, perjalanan perundangan yang dihadapi bapanya dijangka masih panjang.

BACA > Bekas Ketua Pemuda Amanah sertai Bersatu — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga bertekad untuk terus bersemangat bersama Najib Razak untuk menempuhi proses perundangan lebih tinggi.

“Hari ini adalah hari yang lain dan hari lain membawa kemungkinan yang tidak berkesudahan.

“…jika semangat kami tidak luntur, Insya-Allah,” ujar Nooryana Najwa yang menjadi penjamin bersama abangnya Mohd. Norashman.

Semalam, Mohd. Nazlan membenarkan, pembelaan dan tertuduh, Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusannya.

Peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengemukakan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

Dalam masa sama, hakim juga membenarkan hukuman penjara dan denda ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan diketahui.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan Najib masih boleh menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

BACA > ‘Di hari saya tidak berkuasa, masih ada sokongan ikhlas rakyat’ – Najib — Suara Merdeka

Justeru, beliau masih boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 27 Ogos ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button