Nasional

‘Kluster Mahkamah’: Tunggu lagi dua minggu – Noor Hisham

PENULARAN jangkitan Koronavirus (Covid-19) dalam kalangan orang ramai yang berhimpun di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam hanya diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Situasi sesak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial semalam dipandang serius Kementerian Kesihatan.

Ini kerana negara masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan jangkitan Covid-19 masih lagi dicatatkan setiap hari.

Justeru, berdasarkan himpunan bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak DI mahkamah semalam gagal memastikan penjarakan sosial.

“Pada masa ini, kami tidak dapat melakukan apa-apa kerana kejadian itu sudah berlaku.

BACA > Aidiladha: LPT sesak susulan warga kota balik kampung — Suara Merdeka

“Tetapi, jika dalam tempoh dua minggu ini terdapat peningkatan kes, maka kami akan mengambil langkah yang diperlukan untuk melakukan pengesanan kontak.”

Demikian kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette hari ini.

Perhimpunan yang berlangsung semalam dikhuatiri mencetuskan kluster baharu iaitu ‘Kluster Mahkamah’.

Bagaimanapun, beliau berharap tiada jangkitan berlaku kerana risiko penularan besar boleh terjadi.

“Kami berharap tidak akan ada jangkitan besar berikutan kegagalan mereka yang tidak menjaga jarak sosial pada hari semalam,” ujarnya.

BACA > 39 kes baharu Covid-19, 28 kes penularan tempatan — Suara Merdeka

Semalam ribuan penyokong Najib Razak berhimpun di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur susulan keputusan kes berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Tinjauan wartawan Suara Merdeka, Khairulanuar Yahaya semalam turut memaklumkan penyokong mulai memenuhi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah sejak awal pagi.

Mereka juga dilaporkan tiba dengan menaiki beberapa buah bas yang diletakkan dekat kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Penjarakan sosial dikenalpasti gagal dilakukan selepas para penyokong berhimpun dan berarak dekat laluan menuju ke pintu masuk kompleks mahkamah.

Terdahulu, peserta himpunan tabligh di Masjid Bandar Seri Petaling, Kuala Lumpur dikenalpasti sebagai kluster terbesar jangkitan Covid-19.

Perhimpunan melibatkan lebih 10,000 peserta itu dilaporkan menyebabkan jangkitan penyakit pandemik berkenaan seramai 3,375 disahkan positif.

BACA > ‘Di hari saya tidak berkuasa, masih ada sokongan ikhlas rakyat’ – Najib — Suara Merdeka

Sebanyak 34 kematian juga direkodkan dalam kluster tersebut. Perhimpunan Penggerak Usaha Dakwah itu dianjurkan pada 25 Februari hingga 2 Mac 2020. – SM

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button