Politik

Najib belum tentu bersalah – Khairy

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermakna Ahli Parlimen Pekan itu bersalah.

Khairy berkata, prinsip tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah masih memihak kepada Najib dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Walaupun dia (Najib) diperintah untuk membela diri tidak bermaksud beliau didapati bersalah sehingga kes ini selesai,” kata Khairy ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Najib membela diri dalam tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Hakim berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai.

Khairy adalah antara pemimpin UMNO yang lantang mengkritik Najib selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa dan beliau pernah mendesak bekas perdana menteri itu supaya memohon maaf kepada ahli UMNO kerana menjadi punca parti itu ditolak majoriti rakyat.

Beliau menyalahkan skandal 1MDB sebagai antara punca utama kekalahan selepas 60 tahun BN memerintah.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button