Politik

Musa Aman tidak kelihatan di pusat penamaan calon

WATAK utama yang melakukan gerakan hingga terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Libaran, pagi ini.

Itu merupakan pusat penamaan calon untuk DUN Sungai Manila yang dikatakan kerusi yang akan ditandingi oleh beks ketua menteri itu pada PRN kali ini.

Beliau sebelum ini tidak tersenarai untuk bertanding pada mana-mana kerusi oleh UMNO,

Sehingga pencalonan ditutup kelibat Musa langsung tidak kelihatan untuk mengemukakan pencalonan.

Sumber mengatakan beliau hanya memerhatikan perjalanan penamaan calon dari kediamannya, yang terletak hanya beberapa ratus meter dari dewan.

Pusat penamaan calon itu dipisahkan dengan kediaman musa hanya dengan pagar hijau dan pokok besar.

Musa yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga mencetuskan spekulasi apabila memuat naik ciapan di Twitter yang berbunyi: “Saya akan kembali ke Sungai Manila”.

Musa setakat ini masih menjadi ahli Umno walaupun kesetiaannya tidak jelas setelah berlaku perselisihan dengan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. -SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button