Politik

Gabungan Rakyat Sabah wakili BN, PN dan PBS

KESEMUA parti yang mendukung kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pilihan Raya Negeri (Sabah) ke-15 akan bersatu dan berkempen di bawah nama Gabungan Rakyat Sabah.

Kata Perdana Menteri, kesepakatan yang dicapai dalam satu mesyuarat semalam bertujuan meletakkan calon di setiap kerusi dewan undangan negeri (DUN) dengan matlamat menewaskan Warisan Plus, sekali gus membentuk Gabungan Rakyat Sabah.

Gabungan itu terdiri daripada komponen Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Semalam di Kota Kinabalu, kita duduk bersama semua parti yang bersepakat untuk berjuang. Kita bangun, kita bela dan kita majukan dalam mesyuarat penting semalam.

“Saya hendak umumkan bahawa keputusan yang dicapai ialah menamakan gabungan parti-parti yang ada ialah sebagai Gabungan Rakyat Sabah. Ini sebagai satu tanda bahawa kami semua bersatu hati untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran di sini hari ini.

Yang turut hadir calon Bersatu bagi kerusi DUN Sulaman, Datuk Haji Noor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.-SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button