Rencah Hidup

Motif ‘bunga vulva’ pada produk wanita terus jadi topik netizen

BIAR pun jenama produk tuala wanita, Libresse Malaysia telah menarik semula iklan terbaharu mereka berikutan bantahan sebuah jabatan agama, namun motif bunga ‘vulva’ yang dipaparkan pada iklan produk itu masih menjadi perhatian netizen.

Ramai yang mempertahankan bahawa motif bunga ‘vulva’ yang dipaparkan dalam iklan dan dicetak pada pembungkus produk wanita berkenaan boleh menjadi unsur pendidikan.

From Libresse I learned a lot of things sampaikan i baru tahu yang vulva check is very important! You go Libresse,” kata seorang pengguna akaun Twitter, Aqish.

Sanitary pad with this packaging? 10/10 would buy. Libresse, you do you girl. Nothing about this is degrading to women. If you are offended by this, then its on you,” komen Shalina.


Sorry, but I think you’re not respecting the fact that libresse is taking that bold step to move forward on spreading education on something that no one chooses to speak about in the open. This is no way degrading, it is empowering and normalizing sexual education,” kata Jin Lim.

Women should know more about their body parts and nope, i have no problems with the @Libresse_MY
campaign. The design choices are good, subtle and fitting with the culture here,” ciap Megat Adli.

Pada Khamis lalu, Libresse Malaysia menarik balik iklan tersebut dan menjelaskan tujuan mereka di sebalik kempen berkenaan.

“Terima kasih banyak atas maklum balas anda yang sangat dihargai. Kami memahami kebimbangan anda dan kami telah menarik semula iklan yang tersebut dari pelbagai saluran.

“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau komuniti.

“Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan potensi penuh mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Rekreasi Libresse Malaysia berikutan bantahan Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) yang mengeluarkan kenyataan mendesak syarikat itu menarik balik dua kempennya – “V-Kebaya” dan “Know Your V”.

Pada kempen itu, motif vulva iaitu bahagian luar sistem pembiakan dan merupakan bahagian dari alat kelamin luaran wanita dicetak pada pembungkus produk berkenaan.

Pengerusi Maya, Safinar Salleh berpendapat jenama itu “mengeksploitasi” dan “tidak menghormati” bahagian tubuh dan wanita.

“Menyalahgunakan gambar bahagian peribadi wanita pada reka bentuk iklan produk kebersihan anda adalah tidak menghormati wanita.

“Untuk mempromosikannya secara meluas sebagai tujuan utama dalam pembalut tuala wanita anda, reka bentuk kebaya warisan nasional dalam kempen ‘V-Kebaya’ anda dan origami dalam kempen ‘Know Your V’ juga dianggap sebagai eksploitasi badan wanita dalam iklan,” katanya.

Safinar juga berpendapat kempen tersebut tidak dapat diterima dari segi budaya atau dibenarkan oleh “nilai agama”.-SM

(Visited 792 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button