Politik

Moga kerajaan baharu dibentuk lebih stabil dan pertahankan Perlembagaan

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii berharap kerajaan yang baharu dibentuk akan memelihara Perlembangaan dan lebih stabil.

Beliau mengulas pendek ketika ditanya wartawan Suara Merdeka ketika hendak masuk ke dalam bilik mesyuarat khas yang diadakan di Sheraton Petaling Jaya.

Sementara itu difahamkan Tun Dr. Mahathir akan membentuk kerajaan baharu selepas memperoleh sokongan 130 ahli parlimen.


Ahli Parlimen terbabit ialah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Jika semuanya berjalan lancar esok Dr. Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelapan dan merupakan kali ketiga menjawat jawatan itu.

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button