Nasional

MITI jangan jual beli isu kesihatan, keselamatan

SEJAK semalam telah tersebar siaran media ‘kebenaran’ beroperasi diberi kepada sektor tambahan melindungi ekonomi negara pasca Covid-19” yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sejak semalam sehingga ke hari ini juga rata rata netizen tidak bersetuju dengan beberapa pengecualian sektor iaitu perkhidmatan gunting rambut, cermin mata dan dobi.

Hari ini kementerian kesihatan Malaysia melalui ketua pengarah kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data- data menunjukkan kita berada dalam pemulihan.

Kenyataan terbaru dari Ketua Pengarah Kesihatan ini memberikan amaran yang jelas kepada kementerian MITI kerana telah bertindak mendahului kebenaran mahupun keputusan dari pihak kementerian Kesihatan.

BACA

Pihak MITI seharusnya berbincang dengan pihak KKM sebelum membuat keputusan yang beri kesan negatif kepada rakyat terutama dalam isu Covid-19.

Diharapkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dapat menghormati Kementerian Kesihatan yang berada dibarisan hadapan terpenting negara berperang dengan covid-19 waktu ini.

Isu kesihatan dan keselamatan rakyat bukan untuk dijual beli pada waktu rakyat dan negara sedang berperang untuk menang lawan wabak covid-19.

Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button