Ekonomi

Miliki kondo mewah berharga bawah RM300,000 di Shah Alam

Sebuah syarikat pemaju perumahan akan melancarkan projek kondominium mewah di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam yang disasarkan untuk mereka yang inginkan kediaman moden dengan harga menarik.
Kediaman berbentuk suit atau studio kondominimum di Seksyen 14, Shah Alam itu terletak 400 meter sahaja dari stesyen LRT3 yang sedang dibina dan amat sesui dijadikan rumah untuk kediaman keluarga kecil atau pelaburan di masa depan.
Lokasi kondominimum yang terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan lain seperti stesyen bas, pusat beli-belah, hospital, pusat pengajian tinggi dan taman rekreasi, termasuk padang golf akan menjadikannya pilihan ramai.
Kondominium berbentuk kontemporari itu dijangka dilancar pertengahan bulan depan dengan menawarkan harga di bawah RM300,000 untuk pembeli yang membuat tempahan awal, terutama bagi pembeli bumiputera.
“Dengan anggaran bayaran bulanan bermula kira-kira RM1,100 sebulan, kediaman ini seakan berharga mampu milik walaupun ia merupakan sebuah kediaman mewah di tengah-tengah pusat bandar,” kata jurucakap Chester Properties, agensi hartanah yang dilantik sebagai agen pemasaran kediaman tersebut.

Gambar Hiasan

Katanya, kadar sewa kondominimum di kawasan ini adalah sangat tinggi untuk mereka yang ingin menyewakannya dan rumah itu juga sangat sesuai untuk dijadikan homestay.
Seperti biasa, sudah tentu pembeli kediaman ini akan mendapat pelbagai kemudahan yang biasanya dimiliki oleh sesebuah kondominium mewah seperti kolam renang, gimnasium, tempat meletak kereta dan kedai.
Apa yang menarik, pemaju hartanah bagi kediaman tersebut juga menawarkan kelengkapan perabut sepenuhnya secara percuma bagi pembeli, termasuk menyediakan segala kemudahan kediaman seperti katil, almari, televisyen, peti sejuk dan sebagainya.
“Pembeli hanya perlu membawa baju atau cadar tilam sahaja apabila rumah ini siap dibina kelak,” tambahnya lagi.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, boleh mengunjungi laman web http://facebook.com/ridzwanhartanah atau menghubungi talian 019-2202195 (Ridzwan). – SM

(Visited 651 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button