Ekonomi

CGB meterai MoU dengan Smart Sabah

Central Global Technology Sdn. Bhd. (CGTSB), memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Smart Sabah Corporation Sdn. Bhd. (Smart Sabah) bagi menubuhkan syarikat usahasama untuk pembinaan ‘dashboard’ bagi Kementerian Kewangan Sabah.

CGTSB merupakan subsidiari milik penuh Central Global Bhd. (CGB).

CGB dalam kenyataannya berkata, MoU tersebut sah selama enam bulan daripada tarikh pemeteraian, akan menjadi kerangka kerja untuk CGTSB dan Smart Sabah bekerjasama bagi kerja-kerja merancang, merekabentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara Dashboard Kementerian Kewangan Sabah.

Pengerusi Eksekutif CGB, Datuk Feisal Zelman berkata, “kami berharap untuk mendapat perbincangan yang berhasil ke atas projek ini dan akan mengumumkan nanti bila terdapat sebarang kemajuan atau perkembangan.’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

CGB merupakan pengeluar pita penutup industri dan stok label serta kontraktor bangunan am manakala Smart Sabah adalah syarikat milik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan maklumat, komunikasi dan teknologi serta perkhidmatan pengurusan berkaitan dan perundingan keselamatan.

Mengulas lanjut katanya, CGB akan terus mencari peluang-peluang perniagaan untuk sayap pembinaan syarikat.

Selain itu, CGB sedang memuktamadkan pembelian mesin-mesin yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran pita penutup kepada 250 peratus.

“Inisiatif dan perundingan ini masih berjalan dan akan memastikan kelestarian perniagaan kami di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi dalam setahun setengah ini.’’ katanya.

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button