Nasional

STR: Peruntukan meningkat RM10 bilion untuk 9 juta penerima

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat kepada RM10 bilion pada tahun depan bagi dinikmati oleh 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Beliau berkata, peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion sebelum ini.

Katanya, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

Tambahnya, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

“Saya mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan,” katanya pembentangan Belanjawan 2024 “Malaysia Madani” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anwar berkata, isu ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR,” katanya.

Anwar berkata, bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.

“Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500, insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan,” katanya.

Tambahnya, pada tahun ini juga diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad,” katanya.

Katanya, sebagai mengambil kira maklum balas yang amat baik di mana Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Katanya, STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Insya-Allah, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2023,” katanya. – SM

BACA Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 3 disalurkan secara berperingkat mulai 26 Jun

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button