Nasional

Semak Kelayakan Percuma Untuk Penebusan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang

Golongan B40 boleh membuat semakan kelayakan percuma bagi menebus Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bermula 1 Januari tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penebusan itu boleh dilakukan dengan syarikat insurans dan pengendali takaful yang berdaftar.

Semakan kelayakan untuk menuntut baucar ini boleh dibuat dengan melayari www.myPTV.my atau mengunjungi mana-mana syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang.

Menurut pemain industri takaful yang berdaftar, Akyem Samad, sekiranya orang ramai kurang jelas mengenai Perlindungan Tenang, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan info lanjut mengenainya.

“Pertama, orang ramai boleh lawati laman web www.myPTV.my dan yang kedua, boleh kunjungi mana-mana syarikat insurans atau pengendali takaful.

“Sekiranya ketiadaan masa dan lebih selesa untuk berurusan menerusi khidmat Whatsapp atau mendapatkan khidmat penerangan secara percuma, rujuk dengan pemain industri takaful yang berdaftar,” katanya.

Akyem berkata demikian kepada Suara Merdeka mengulas kenyataan Zafrul mengenai Baucar Perlindungan Tenang (PTV) yang diumumkan baru-baru ini.

Jika berminat untuk mendapatkan semakan kelayakan secara percuma dan info lanjut, boleh berhubung dengan salah seorang pemain industri takaful yang berdaftar, Akyem menerusi Whatsapp +6011-17117086.

(Visited 907 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button