Nasional

Peneroka hargai keprihatinan PM

Peneroka dan penerokawati di Felda Kepis, Wilayah Raja Alias menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat disaksikan oleh Adun Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan.

Adnan juga merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang prihatin dengan bebanan hutang peneroka.

Bantuan ini adalah satu kejutan istimewa dan amat dihargai oleh seluruh warga peneroka.

Pelarasan pinjaman ini menyatakan bahawa bebanan pinjaman peneroka akan berkurang sebanyak purata 80 peratus dan berbaki 20 peratus diteruskan pembayaran oleh peneroka.


(Visited 126 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button