Politik

Memang ada di London tetapi jangan kaitkan dengan usaha sulit tertentu – Tok Det

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan dirinya terlibat dalam satu usaha sulit yang dikenali sebagai kononnya Langkah London.

Ujar Mahdzir, beliau tidak menolak keberadaan dirinya di London baru-baru ini tetapi ia bukan melibatkan sebarang pertemuan seperti ‘pintu belakang’.

“Saya fikir sebagai salah seorang daripada senior dalam parti, di dalam UMNO ini, saya telah bersetuju dengan parti untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Dan saya berada dalam mesyuarat di mana keputusan dibuat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Sehubungan itu, Mahdzir yang juga mesra dengan panggilan Tok Det berasa aneh apabila ada pihak kaitkan namanya dengan sekumpulan itu semata-mata mahu jatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Bagi Tok Det, ia adalah sekadar cerita dan ketika bercakap dalam sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2022, beliau menafikan kenyataan-kenyataan sedemikian.

Mahdzir berkata demikian kepada pemberita sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2022 di WTC, Kuala Lumpur. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button