Rencana

Mandat perlu diteruskan untuk agenda pembangunan yang sedang berlangsung

Kerajaan Negeri baru baru ini telah mengeluarkan unjuran pencapaian Kerajaan Negeri Perlis di mana telah di dedahkan kerajaan Negeri telah sedang melaksanakan projek dan pelaburan bernilai 3.93 bilion pelaburan awam serta lebih 28.43 bilion pelaburan swasta merupakan suatu pendedahan yang sangat mengejutkan.

Di dalam keadaan sebilangan kecil yang mempertikaikan apa yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini seolah tidak ada atau tiada apa yang berlaku nyata sangat meleset.

Sikap diam diam ubi merupakan satu pendekatan terbaik kerajaan negeri Perlis di bawah pimpinan Datuk Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis.

Dengan pelaburan pembangunan berbilion yang sedang berlangsung negeri Perlis sedang di dalam perancangan yang betul dan perlu di teruskan tanpa diganggu gugat oleh mana mana pihak demi untuk kemajuan negeri.

Rakyat Perlis perlu memberi peluang kepada kerajaan BN sedia ada untuk terus mengurus tadbir bagi memastikan segala projek pembanggunan berjalan lancar dan tidak terganggu dengan kehadiran banyak parti yang bertanding dan mencabar kerajaan sedia ada.


Sikap Menteri Besar serta wakil rakyat yang tidak pernah melibatkan diri dengan perbahasan atau pertelingkahan media rupa rupanya satu kaedah bekerja yang baik kerana mereka hanya menumpukan segenap perhatian kepada usaha untuk membangunkan negeri serta tiada masa untuk melayan sebarang provokasi.

PRU 15 menyaksikan negeri Perlis mengekalkan hampir 60% muka lama dengan bertujuan untuk meneruskan kesinambungan apa yang telah di rancang.
Kehadiran beberapa muka baru politik Perlis pula dijangka akan memberi kuasa tambah kepada kecemerlangan kerajaan negeri pada hari ini.

Kemasukan Datuk Rozabil Abd Rahman seorang ahli korporat terkemuka serta Datuk Fathul Bari Md Jaya bakal membantu kerajaan negeri serta pembanggunan penduduk kawasan Arau dan Kangar khasnya.

Parlimen Padang Besar juga menerima seorang lagi muka baru iaitu Ketua Puteri UMNO Malaysia saudari Datuk Zahida Zarik Khan dijangka mengubah landskap politik di Padang Besar. UMNO dan BN membuktikan mereka sentiasa mengiktiraf kaum wanita tanpa mengira status keadaan di mana ketika nama calon di umumkan ramai pihak luar serta calon bebas mempertikaikan BN menyenaraikan calon yang masih di dalam edah serta tidak boleh keluar berkempen.
Inilah bukti UMNO menyanjung peranan wanita di dalam politik dan Sentiasa menyokong walaupun mereka berada di dalam keadaan yang terbatas . Sikap ahli ahli BN dan rakyat Padang Besar menyambut baik Zahida tanpa mempertikaikan status adalah sangat matang dan berminda kelas pertama.

Dengan ini adalah sangat di harapkan rakyat negeri terus memberi mandat kepada kerajaan sedia ada tanpa mempedulikan janji pilihan raya pihak lain yang belum pasti mampu di laksanakan atau hanyalah sekadar impian untuk memenangi PRU
Rakyat Perlis pastinya lebih bijak untuk tidak menelan bulat bulat janji pilihan raya sebaliknya terus menyokong untuk agenda yang sedang rancak dirancang serta bakal memberikan impak yang luar biasa kepada Rakyat dan Negeri.

Nor Halmey Hamdah
Pelajar Pengajian
PHD
PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA
KOLEJ UNDANG UNDANG KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button