Nasional

Mahasiswa rayu dihantar pulang

MAHASISWA mulai risau nasib mereka masih tinggal di kampus yang terpaksa berjauhan dengan keluarga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah dakwaan mengatakan tempoh PKP mungkin akan dilanjutkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri turut merisaukan nasib mereka sepanjang berada di kampus.

[BACA] Ibu bapa rayu kerajaan diberi peluang pelajar pulang — Suara Merdeka

Justeru, mereka merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamtan Negara (MKN) supaya mengusahakan langkah yang bersesuaian.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd. Sabri, menerusi surat terbuka kepada menteri berkata, ramai mahasiswa mendakwa mula rasa tertekan.

Beliau berkata, terdapat segelintir mahasiswa sudah lebih setahun tidak pulang ke bertemu keluarga kerana kesibukan di kampus.

Terutama mahasiswa yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

[BACA] Amaran WHO: longgar sekatan akan undang gelombang maut – Suara Merdeka
[BACA] Polis buka siasatan bekas timbalan menteri sebar video palsu – Suara Merdeka
MAHASISWA
MUHAMMAD AMIR ASYRAF

“Emosi mulai terganggu. Ditambah pula dengan cadangan daripada beberapa pihak supaya PKP dilanjutkan sehingga selepas Aidilfitri membuatkan mereka semakin rasa terganggu.

“MPPK mengharap penyelesaian terbaik dalam hal ini. Hantarlah mereka pulang ke rumah, sekurang-kurangnya sebelum Aidilfitri menjelma. Pastikan mereka yang terlibat dengan usaha ini benar-benar bebas daripada Koronavirus (Covid-19),” katanya.

Bagi memudahka urusan kebenaran dan penghantara pulang, beliau turut mencadangkan kementerian supaya bekerjasama dengan agensi kerajaan lain.

Menurutnya, turut perlu diberikan tumpuan adalah pelajar mahu pulang ke Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

“MPPK juga tidaklah mengharapkan ia dilakukan secara drastik dan terburu-buru. Ia boleh dilakukan secara berperingkat. Hal ini melibatkan ramai pelajar termasuk mereka yang tinggal di luar kampus.

“Selain itu, KPT boleh bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbangan bagi memastikan mereka yang mahu pulang ke Semenanjung, Sabah atau Sarawak dapat pulang sebaiknya.

[BACA] Khidmat gunting rambut, dobi dibenar semasa PKP — Suara Merdeka
[BACA] Noraini mahu mahasiswa dibawa pulang — Suara Merdeka

“Pihak universiti pula pada masa sama boleh mengunakan aset mereka untuk menghantar pelajar ke mana-mana lapangan terbang yang berdekatan,” jelasnya.

Tambah Muhammad Amir Asyraf, MPPK juga menyeru supaya KPT bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan usaha ini dipantau sewajarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button