Rencah Hidup

Lori bawa gajah berhenti isi minyak tular

BARU-BARU ini telah tular sebuah lori yang membawa gajah berhenti di sebuah stesen minyak di pantai timur.

Gajah itu sebenarnya dibawa oleh lori milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang singgah untuk mengisi minyak.

Orang ramai yang melihat gajah itu telah merakam video dan dikongsi pemilik akaun TikTok @shellberkembarhieway menjadi tular.

Ia menunjukkan haiwan berkenaan diberi layanan mesra oleh pekerja stesen minyak sehingga ada yang sempat memberinya roti.

Kelihatannya mereka  seperti sudah biasa dengan kunjungan gajah tersebut dan begitu juga dengan pengunjung istimewa mereka itu.


kecoh dan tular di media sosial selepas dikunjungi seekor gajah.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button