Rencah Hidup

Graduan sains, teknologi boleh menjadi usahawan berjaya – Guntor

GRADUAN sains dan teknologi bukan sahaja boleh berjaya dalam kepakaran masing-masing tetapi juga mampu menjadi usahawan yang berjaya.

Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Datuk Ir. (Dr.) Guntor Tobeng berkata, bidang sains, kejuruteraan, matematik dan kewangan sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Katanya, bidang-bidang tersebut saling diperlukan dalam menjayakan sesuatu projek pembangunan.

“Ini kerana teori, konsep aplikasi dan pelaksanaan bidang-bidang ini salieng melengkapo antara satu sama lain.

“Dari sini kita tahu bagaimana bidang sains dan matematik yang kita belajar dari sekolah dan seterusnya ke peringkat universiti dapat digunakan untuk kesejahtaraan masyarakar,” kata Guntor dalam Ucapan Penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sains) UTHM.

Pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke-20 baru-baru ini, Guntor dianugerakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sains) UTHM,

Anugerah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UTHM Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly  bagi menghargai kecemerlangan dan jasa bakti ahli perniagaan itu dalam dunia perindustrian lestari, pemuliharaan tenaga dan tenaga diperbaharui.

“Graduan sains juga boleh menjadi seorang yang berdaya saing dan layak untuk melakukan kerja-kerja perundingan, mereka-bentuk sesuatu projek sehingga ke peringkat penyerahan projek.

“Sementara ahli teknologi pula mempunyai kemahrian untuk menyempurnakan perancangan yang telah dibuat oleh seorang jurutera, sehingga sesuatu projek itu berjaya disiapkan.

“Seseorang teknologis bukan sahaja berkemampuan sebagai pengurus projek, tetapi juga berkeupayaan menjadi seorang usahawan,” kata Guntor.

Menurutnya, kejayaan yang diperolehi graduan bukan sesuatu yang mudah.

Mereka akan berhadapan dengan lebih banyak cabaran dari segi kewangan, masa, tenaga dan kesihatan untuk mencapai kejayaan selepas alam pengajian.

Beliau turut menasihatkan agar graduan bekerja dengan kuat, ikhlas, sepenuh jiwa dan raga serta berdisiplin dalam mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa berada di UTHM.

Guntor bersama isteri Datin Hasnah Awang.

Gading Kencana terlibat dalam industri menjana tenaga elektrik boleh diperbaharui dan mesra alam sekitar sejak 27 tahun lalu.

Ketika ini syarikat tersebut mengoperasikan dua ladang solar berskala besar. Ladang solar di Bidor, Perak berkeupayaan menjana tenaga elektrik berkapasiti 30 megawatt (MW) dan di Melaka berkapasiti 11.5 juta kilowatt (kW).

Syarikat itu juga akan membina ladang solar ketiga berkapasiti 30 megawatt dengan nilai pelaburan sebanyak RM150 juta di Bidor awal tahun depan.

Selain itu sebagai sumbangan terhadap masyarakat, Gading Kencana kini sedang membina tenaga hidro elektrik mini bernilai RM34 juta di Bidor, Perak untuk kegunaan masyarakat Orang Asal. Projek tersebut dijangka siap pada Disember 2022. – SM

 

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button