Nasional

Lelaki pukul bomba didapati positif dadah

SEORANG lelaki ditahan selepas memukul seorang anggota bomba yang sedang menjalankan kerja pemadaman melibatkan sebuah kereta yang terbakar di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

“Ketika itu, anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan suspek telah datang serta mengaku sebagai pemilik kereta

“Saspek kemudian mahu menghampiri keretanya namun telah dihalang oleh pegawai bomba yang meminta suspek untuk bertenang dan memberi kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, suspek kemudian secara tiba-tiba bertindak agresif sebelum meluru ke arah anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota bomba tersebut.

Jelasnya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba yang lain serta orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Ujian saringan awal terhadap suspek yang bekerja sebagai pengurus acara itu mendapati dia positif dadah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button