NasionalNegeri

KUIPs anjur forum ‘Jihad Di Palestin’

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan forum bertajuk ‘Jihad Di Palestin’ di Masjid Alwi di Kangar, baru-baru ini.

Barisan panel dan moderator pada forum
bertajuk ‘Jihad Di Palestin’ di Masjid Alwi di Kangar, baru-baru ini.

Ia melibatkan barisan panel terdiri dari Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.

Bekas pelajar KUIPs dr Palestin turut terkorban.

Forum bagi membincangkan situasi sedang berlaku di bumi Palestin yang semakin meruncing ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rizal Azizan bertindak sebagai moderator.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menerima risalah mengenai forum bertajuk ‘Jihad Di Palestin’ dari Muhammad Nadir di Masjid Alwi, Kangar, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat hadir sebagai tanda sokongan kepada saudara seIslam di Palestin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar semasa hadir pada forum bertajuk ‘Jihad Di Palestin’ di Masjid Alwi, Kangar, baru-baru ini.

Program Fikrah KUIPs tersebut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Jabatan Mufti Negeri Perlis. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button