Nasional

COVID-19: Mungkinkah terpaksa guna askar?

Engkar patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

ADA pantun modern yang amat mudah difahami. Bunyinya begini, “anak Cina makan pengat, sendiri mau ingat!”

Andaikata lagi 40 peratus rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang gelombang ketiga Covid-19, mungkinkah kerajaan terpaksa menggunakan tentera untuk menguatkuasakan perintah tersebut?

Apa yang tular di aplikasi WhatsApp ialah catatan di bawah ini:

Kerajaan mungkin terpaksa gunakan askar untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia jika masih berdegil dan tidak patuh kepada perintah kawalan pergerakan.

Buat masa ini, polis masih menggunakan pendekatan menasihati. Polis masih boleh gunakan kuasa yang lebih keras ke atas mereka yang gagal patuh.

Untuk hari pertama, hanya 60% sahaja pematuhan direkodkan.

Sebanyak 504 sekatan jalan raya dilakukan semalam di mana 6,135 kenderaan telah diperiksa.

Jika ia berterusan, atau gagal mencapai lebih 70% pematuhan, pendekatan yang lebih keras akan dilaksanakan.

Ia termasuk memberikan laluan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu pelaksanaan ini.

“Kita harap rakyat boleh mendisiplinkan diri dalam tempoh ini” – Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Turut menjadi perkongsian di WhatsApp ialah tiga kes Covid-19 di Tesco Kajang.

Kes ini dikhabarkan berlaku sejak semalam dan hari ini, ada juga kes di Giant Batu Caves, Selangor.

Apapun, dapatkan segala informasi atau maklumat yang sahih mengenai keselamatan negara dengan klik pada link berikut:

https://t.me/MKNRasmi – SM

(Visited 922 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button